Wednesday, 14 November 2012

Jenis Kemahiran Servis

1.1  Jenis kemahiran-servis
     Servis merupakan salah satu teknik yang penting dalam permainan badminton kerana servis yang berkualiti bukan sahaja memberikan permulaan yang baik kepada permainan malahan akan meningkatkan kebarangkalian untuk memungut mata. Oleh itu,teknik servis ini harus dikuasai dengan baik agar ia konsisten dan tepat.
     Terdapat pelbagai cara untuk membuat servis. Namun begitu, bagi kebanyakan pemain khasnya mereka yang masih di peringkat sekolah, dua jenis servis yang biasa digunakan ialah servis tinggi jauh belakang ( lob tinggi ) dan servis singkat / pendek ( short service).

A)   Servis tingi jauh ke belakang ( lob tinggi )
Servis ini sangat penting dalam permainan perseorangan kerana servis yang tinggi dan menghampiri garisan belakang gelanggan akan menyukarkan pemain daripada terus menyerang dengan pukulan smesy. Ini memaksa permain yang menerima servis mengembalikan bulu tangkis dengan pukulan lob yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada pembuka servis untuk menyerang.

Posisi pemain
 Pemain berdiri kira-kira 1m atau 1.2m di belakang garis servis pendek dengan kaki kiri di depan kaki kanan.Sebahagian besar berat badan tertumpu pada kaki belakang.Dalam posisi berdiri seperti ini, bahu kiri diarahkan kapada pemain yang akan menerima servis.

Posisi raket dan gerak ayun
Raket dipegang pada kedudukan di belakang badan sedikit dimana kepala raket berada pada paras yang hampir sama tinggi dengan kepala pemain. Selapas itu, bulu tangkis akan dilepaskan serentak dengan ayunan raket dari belakang ke bawah seterusnya ke depan. Berat badan akan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan sambil badan dikilas ke kiri. Raket perlu menyentuh bulu tangkis di bawah paras pinggang. Setelah memukul, raket akan diayun segaris dengan arah pergerakan bulu tangkis. Ayunan ikut lajak ini adalah tinggi dan melepasi bahu kiri pemain. Kebiasaannya, pemain-pemain baru akan melepaskan bulu tangkis agak lambat dan ini mengakibatkan bulu tangkis tidak dapat dipukul dengan tepat.

B)   Servis singkat / pendek ( short service)
Servis ini biasanya digunakan dalam semua permainan bergu.

Posisi pemain
Pemain akan mengambil tempat yang berdekatna dengan garis tengah dan garis servis pendek semasa membuat servis. Kedudukan permulaannya agak sama dengan kedudukan semasa servis tinggi dilakukan.

Posisi raket dan gerak ayun
     Bulu tangkis dipegang di bahagian depan badan pada kedudukan yang agak rendah berbanding dengan kedudukan bulu tangkis semasa  servis tinggi dibuat. Berbeza dengan pukukan servis tinggi, raket tidak akan diangkat ke belakang tetepi berada di depan badan pemain. Bulu tangkis tidak dipukul kuat seperti dalam servis tinggi tetepi seakan-akan dipandu agar melepasi jaring. Sebenarnya, ayunan yang ringan sahaja diperlukan untuk melakukan servis pendek ini. Semasa ayunan dibuat, pergelangan tangan permain tetap terkunci.
     Apabila membuat servis pendek, bulu tangkis bukan sekadar dihantar melepasi jaring, malahan pemain juga perlu memastikan bulu tangkis berada sedekat mungkin di bahagian atas jaring. Ia bertujuan mengelakan daripada terus diserang oleh penerima servis. Berat badan dipindahkan dari kiri belakang ke kiri depan semasa servis pendek dibuat. Ayunan lanjutan serta putaran bahu adalah paling minimum.

Tujuan servis
   Meningkatkan kualiti servis dengan mengurangkan kebarangkalian diserang oleh penyambut servis dan seterusnya, memastikan permulaan yang baik dalam permainan. Meningkatkan ketepatan di dalam penghantaran servis agar tidak terkeluar dari gelanggang permainan.

 

Saturday, 10 November 2012

Peraturan-peraturan Lompat Tinggi

      Dalam sesuatu pertandingan,setiap peserta lompat tinggi akan membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang ditetapkan. Jika semua peserta berjaya melepasinya ketinggiannya akan ditingkatkan sehingga 8 atau 12 orang peserta dipilih ke pusingan akhir. Daripada sini,semua peserta akan berpeluang membuat tiga lompatan pada sesuatu ketinggian. Jika seseorang peserta Berjaya dengan satu lompatan sahaja,dia akan melompat pada ketinggian berikutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa atau pegawai penganjur.

      Peserta yang gagal melepasi palang dalam ketiga-tiga percubaannya akan terkeluar daripada pertandingan. Peserta-peserta yang tinggal akan terus membuat lompatan ,dan setiap kali berjaya dilepasi,ketinggiannya akan dinaikkan sehinggalah semua peserta gagal melepasinya. Pemenang acara lompat tinggi ditentukan oleh peserta yang Berjaya membuat lompatan tertinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri atau terdapat dua atau tiga orang peserta yang berjaya melompat pada ketinggian yang sama,pengadil akan mengkaji rekod-rekod percubaan melompat untuk melepasi aras tertinggi yang sama tadi. Jika masih seri juga,rekod lompatan yang sebelumnya akan disemak.

      Bagi memulakan sesuatu lompatan,peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari suatu titik yang ditentukannya sendiri,asalkan tidak terkeluar daripada lorong lariannya. Jarak langkah tidak terhad. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukainya. Bahan-bahan tertentu,seperti sapu tangan,kayu kecil,kertas keras dan sebagainya boleh digunakan untuk menanda tempat membuat lompatan.

      Ketinggian palang akan diukur secara menegak,iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian atas palang.

     Berikut adalah beberapa peraturan asas dalam acara lompat tinggi yang boleh dijadikan panduan juga oleh peserta-peserta wanita.

       i.          Pelompat hendaklah membuat lonjakan menggunakan sebelah kakinya.

      ii.          Pelompat boleh memilih arah atau sudut bagi memulakan larian untuk melompat.

    iii.          Peserta akan mula melompat pada satu ketinggian minimum sebagai ketinggian kelayakan.

    iv.          Sesuatu lompatan dikira batal jika pelompat menyentuh palang tanpa membuat lompatan,atau menjatuhkan palang semasa melompat atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.

      v.          Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian tiga kali berturut-turut,tanpa mengira ketinggian semasa dia gagal,akan terkeluar daripada pertandingan.

    vi.          Seseorang pelompat berhak meneruskan lompatannya,walaupun setelah semua peserta lain gagal,sehinggalah dia tidak dapat melepasinya.

   vii.          Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. Penggunaan ukuran elektronik sudah tentu memudahkan pengukuran.

  viii.          Peserta hendaklah mengutamakan keselamatan diri semasa membuat lompatan.

 

Kelengkapan Lompat Tinggi

Sebelum lompat tinggi gaya Fosbury diperkenalkan kelengkapan-kelengkapan yang disediakan untuk acara lompat tinggi hanyalah tiang,palang lompatan dan pita pengukur. Tiada tilam digunakan kerana pelompat tinggi menjatuhkan badan secara meniarap atau menggunakan bahagian depan badan. Ini sering terjadi bagi perjumpaan sukan olahraga peringkat sekolah. Jika adapun tempat mendarat,ia mungkin merupakan petak yang luasnya antara empat atau enam meter,yang diisikan dengan pasir halus yang lembap.

Bagi perjumpaan olahraga peringkat yang lebih tinggi,tempat mendarat ini digantikan dengan tilam getah atau span. Kini dengan penggunaan gaya Fosbury,penggunaan tilam adalah sesuatu yang wajib sebagai tempat mendarat pelompat tinggi kerana pelompat gaya ini mendarat pada bahagian belakang badan.

Tiang dan palang lompatan biasanya diperbuat daripada kayu atau logam yang ringan. Beratnya tidak melebihi dua kilogram. Keadaan tiang dan palang mestilah licin dan lurus. Jarak antara dua tiang lebih kurang 4.02m. Saiz tilam untuk mendarat ialah 5m x 4m dan tebalnya 1 meter. Palang lompatan pula adalah dalam bentuk segi tiga atau bulat pada keratin rentasnya. Jarak bahagian hujung palang dengan tiang lebih kurang 10mm.

Pengenalan Lompat Tinggi

Lompat tinggi merupakan salah satu daripada acara lompat yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Ia disertai oleh lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dari masa ke semasa,terdapat banyak perubahan daripada segi teknik melompat tinggi berbanding acara-acara padang yang lain. Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih tinggi di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan.

Perubahan yang paling nyata ialah gaya atau teknik lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting dan diikuti dengan gaya guling. Selepas itu diperkenalkan pula gaya pelana dan gaya lentang. Pada peringkat awal acara lompat tinggi,lompatan static digunakan. Gaya ini digunakan dalam peringkat awal Sukan Olimpik.Gaya pelana mula diperkenalkan oleh peserta-peserta Eropah manakala gaya lentang pula diperkenalkan serta dipopularkan di Amerika Syarikat. Gaya gunting lebih digemari oleh peserta-peserta Asia.

Pada tahun 1968,seorang pelompat tinggi Amerika Syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik yang diadakan di Mexico itu. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan amat menarik. Sejak itu,gaya tersebut semakin popular dan diminati .Ia sering digunakan kini oleh ahli-ahli lompat tinggi di seluruh dunia termasuk oleh atlit-atlit Malaysia. Mengambil sempena pengasas gaya lompatan ini dikenal sebagai lompatan Fosbury .( Fosbury Flop)


Butiran Mengajar Badminton

1.    Murid-murid memanaskan badan dari bahagian kepala,  tangan ,pinggang 
      dan kaki dengan cara yang betul.

2.    Murid-murid berlari mengelilingi dewan sebanyak 2 pusingan.

3.    Guru membuat demonstrasi cara memegang raket dan memegang bulu tangkis.

4.    Murid memegang raket dan memegang bulu tangkis dengan cara yang betul.

5.    Murid cuba memegang raket dan memegang bulu tangkis,guru akan memperbetulkan murid jika terdapat caranya tidak betul.

6.    Guru menerangkan gerakan kaki dan menyuruh murid cuba membuat dengan cara yang betul.

7.    Guru akan menunjukkan tempat berdiri yang betul dan memerhati tempat berdiri murid sama ada betul atau tidak betul.

8.    Guru melukis garisan di atas dinding,guru akan menunjukkan dan mengarahkan murid untuk melakukan servis sehingga mencapai garisan yang ditetapkan mengikut ketinggian.

   9. Murid akan cuba melakukan servis pendek. selepas menguasai kemahiran   
       ini,barulah mereka mula berlatih servis tinggi jauh ke belakang.

10. Guru mengagihkan murod dalam dua orang sekumpulan,kemudian merekan
      akan berlatihsesama mereka.

11. Guru meronda dan memerhati murid yang sedang melakukan servis.

12. Guru memberi taklimat ringkas sebelum tamat latihan tentang kesalahan yang dilakukan oleh mereka dan menggalakkan murid berlatih pada masa lapang.

13. Murid sejuk badan sebelum meninggalkan dewan.

Latihan Ansur Maju Badminton

1. Murid-murid memanaskan badan dari bahagian kepala,  
    tangan ,pinggang dan kaki dengan cara yang betul.

2. Murid-murid berlari sebanyak 2 pusingan didalam dewan.

3. Guru akan memberi penerangan tentang cara memegang raket dan
     memegang bulu tangkis yang betul dan seterusnya membuat    
     demostrasi.

            4. Guru menerangkan gerakan kaki yang betul.

 5. Guru akan menunjukkan tempat untuk berdiri yang betul di dalam
     gelanggang semasa membuat servis bersertakan penerangan kepada    
     murid.

            6. Guru melukis garisan di atas dinding , guru akan menunjukkan dan
      mengarahkan murid untuk melakukan servis sehingga mencapai
      garisan yang ditetapkan mengikut ketinggian. Bagi servis rendah, ini
      bertujuan melatih pemain supaya menghantar bulu tangkis pada paras
      yang terdekat dengan ketinggian jaring manakala untuk servis tinggi,    
       ini membantu melatih pemain dalam menghantar bulu tangkis setinggi   
       yang boleh.
         
 7.  Murid akan cuba melakukan servis pendek. selepas menguasai kemahiran ini,barulah mereka mula berlatih servis tinggi jauh ke belakang.

             8. Guru mengagihkan murid dalam dua orang sekumpulan ,kemudian
                 mereka akan berlatih sesama mereka.

Pengenalan Badminton

Negara asal permainan badminton masih belum diketahui dengan jelas sungguhpun terdapat catatan-catatan sejarah yang mengatakan bahawa suatu jenis permainan raket yang hamper menyerupai badminton telah dimainkan di beberapa buah Negara seperti India, China dan England.Namun begitu nama ‘badminton’ berasal dari nama Kota Badminton di Glouscestershire,England.

     Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan.

     Pertandingan kejuaraan All England telah diadakan buat pertama kali pada tahun 1897.Piala Thomas yang menjadi rebutan beberapa buah Negara di dunia telah dihadiahkan oleh Sir George Thomas,seorang pemain badminton yang terkenal di England.Dalam kejuaraan Piala Thomas yang pertama.Malaysia telah menjadi johan setelah menewaskan Denmark pada tahun 1949.

     Malaysia terkenal dalam arena badminton dan beberapa orang pemain yang handal dari Negara kita telah mencapai kejayaan yang cemerlang di peringkat antarabangsa.Usaha ini hendaklah diteruskan,khususnya oleh generasi muda kita.Pemain-pemain muda di Negara kita hendaklah dibimbing secara sistematik untuk mencapai matlamat itu.