Wednesday, 14 November 2012

Jenis Kemahiran Servis

1.1  Jenis kemahiran-servis
     Servis merupakan salah satu teknik yang penting dalam permainan badminton kerana servis yang berkualiti bukan sahaja memberikan permulaan yang baik kepada permainan malahan akan meningkatkan kebarangkalian untuk memungut mata. Oleh itu,teknik servis ini harus dikuasai dengan baik agar ia konsisten dan tepat.
     Terdapat pelbagai cara untuk membuat servis. Namun begitu, bagi kebanyakan pemain khasnya mereka yang masih di peringkat sekolah, dua jenis servis yang biasa digunakan ialah servis tinggi jauh belakang ( lob tinggi ) dan servis singkat / pendek ( short service).

A)   Servis tingi jauh ke belakang ( lob tinggi )
Servis ini sangat penting dalam permainan perseorangan kerana servis yang tinggi dan menghampiri garisan belakang gelanggan akan menyukarkan pemain daripada terus menyerang dengan pukulan smesy. Ini memaksa permain yang menerima servis mengembalikan bulu tangkis dengan pukulan lob yang secara tidak langsung memberikan peluang kepada pembuka servis untuk menyerang.

Posisi pemain
 Pemain berdiri kira-kira 1m atau 1.2m di belakang garis servis pendek dengan kaki kiri di depan kaki kanan.Sebahagian besar berat badan tertumpu pada kaki belakang.Dalam posisi berdiri seperti ini, bahu kiri diarahkan kapada pemain yang akan menerima servis.

Posisi raket dan gerak ayun
Raket dipegang pada kedudukan di belakang badan sedikit dimana kepala raket berada pada paras yang hampir sama tinggi dengan kepala pemain. Selapas itu, bulu tangkis akan dilepaskan serentak dengan ayunan raket dari belakang ke bawah seterusnya ke depan. Berat badan akan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan sambil badan dikilas ke kiri. Raket perlu menyentuh bulu tangkis di bawah paras pinggang. Setelah memukul, raket akan diayun segaris dengan arah pergerakan bulu tangkis. Ayunan ikut lajak ini adalah tinggi dan melepasi bahu kiri pemain. Kebiasaannya, pemain-pemain baru akan melepaskan bulu tangkis agak lambat dan ini mengakibatkan bulu tangkis tidak dapat dipukul dengan tepat.

B)   Servis singkat / pendek ( short service)
Servis ini biasanya digunakan dalam semua permainan bergu.

Posisi pemain
Pemain akan mengambil tempat yang berdekatna dengan garis tengah dan garis servis pendek semasa membuat servis. Kedudukan permulaannya agak sama dengan kedudukan semasa servis tinggi dilakukan.

Posisi raket dan gerak ayun
     Bulu tangkis dipegang di bahagian depan badan pada kedudukan yang agak rendah berbanding dengan kedudukan bulu tangkis semasa  servis tinggi dibuat. Berbeza dengan pukukan servis tinggi, raket tidak akan diangkat ke belakang tetepi berada di depan badan pemain. Bulu tangkis tidak dipukul kuat seperti dalam servis tinggi tetepi seakan-akan dipandu agar melepasi jaring. Sebenarnya, ayunan yang ringan sahaja diperlukan untuk melakukan servis pendek ini. Semasa ayunan dibuat, pergelangan tangan permain tetap terkunci.
     Apabila membuat servis pendek, bulu tangkis bukan sekadar dihantar melepasi jaring, malahan pemain juga perlu memastikan bulu tangkis berada sedekat mungkin di bahagian atas jaring. Ia bertujuan mengelakan daripada terus diserang oleh penerima servis. Berat badan dipindahkan dari kiri belakang ke kiri depan semasa servis pendek dibuat. Ayunan lanjutan serta putaran bahu adalah paling minimum.

Tujuan servis
   Meningkatkan kualiti servis dengan mengurangkan kebarangkalian diserang oleh penyambut servis dan seterusnya, memastikan permulaan yang baik dalam permainan. Meningkatkan ketepatan di dalam penghantaran servis agar tidak terkeluar dari gelanggang permainan.

 

8 comments: