1. Murid-murid memanaskan badan dari bahagian kepala,
tangan ,pinggang dan kaki dengan cara yang betul.
2. Murid-murid berlari sebanyak 2 pusingan didalam dewan.
3. Guru akan memberi penerangan tentang cara memegang raket dan
memegang bulu tangkis yang betul dan seterusnya membuat
demostrasi.
4. Guru menerangkan gerakan kaki yang betul.
5. Guru akan menunjukkan tempat untuk berdiri yang betul di dalam
gelanggang semasa membuat servis bersertakan penerangan kepada
murid.
6. Guru melukis garisan di atas dinding , guru akan menunjukkan dan
mengarahkan murid untuk melakukan servis sehingga mencapai
garisan yang ditetapkan mengikut ketinggian. Bagi servis rendah, ini
bertujuan melatih pemain supaya menghantar bulu tangkis pada paras
yang terdekat dengan ketinggian jaring manakala untuk servis tinggi,
ini membantu melatih pemain dalam menghantar bulu tangkis setinggi
yang boleh.
7. Murid akan cuba melakukan servis pendek. selepas menguasai kemahiran ini,barulah mereka mula berlatih servis tinggi jauh ke belakang.
8. Guru mengagihkan murid dalam dua orang sekumpulan ,kemudian
mereka akan berlatih sesama mereka.
latihan ansur masju ini amat teliti.
ReplyDelete