Dalam sesuatu pertandingan,setiap peserta lompat tinggi akan membuat lompatan permulaan pada satu ketinggian yang ditetapkan. Jika semua peserta berjaya melepasinya ketinggiannya akan ditingkatkan sehingga 8 atau 12 orang peserta dipilih ke pusingan akhir. Daripada sini,semua peserta akan berpeluang membuat tiga lompatan pada sesuatu ketinggian. Jika seseorang peserta Berjaya dengan satu lompatan sahaja,dia akan melompat pada ketinggian berikutnya sebagaimana yang ditetapkan oleh jawatankuasa atau pegawai penganjur.
Peserta yang gagal melepasi palang dalam ketiga-tiga percubaannya akan terkeluar daripada pertandingan. Peserta-peserta yang tinggal akan terus membuat lompatan ,dan setiap kali berjaya dilepasi,ketinggiannya akan dinaikkan sehinggalah semua peserta gagal melepasinya. Pemenang acara lompat tinggi ditentukan oleh peserta yang Berjaya membuat lompatan tertinggi. Sekiranya terdapat keputusan seri atau terdapat dua atau tiga orang peserta yang berjaya melompat pada ketinggian yang sama,pengadil akan mengkaji rekod-rekod percubaan melompat untuk melepasi aras tertinggi yang sama tadi. Jika masih seri juga,rekod lompatan yang sebelumnya akan disemak.
Bagi memulakan sesuatu lompatan,peserta akan mengambil beberapa langkah larian dari suatu titik yang ditentukannya sendiri,asalkan tidak terkeluar daripada lorong lariannya. Jarak langkah tidak terhad. Peserta juga boleh memilih sudut atau penjuru yang disukainya. Bahan-bahan tertentu,seperti sapu tangan,kayu kecil,kertas keras dan sebagainya boleh digunakan untuk menanda tempat membuat lompatan.
Ketinggian palang akan diukur secara menegak,iaitu bersudut 90 darjah dengan permukaan gelanggang. Ukuran diambil dari bahagian atas palang.
Berikut adalah beberapa peraturan asas dalam acara lompat tinggi yang boleh dijadikan panduan juga oleh peserta-peserta wanita.
i. Pelompat hendaklah membuat lonjakan menggunakan sebelah kakinya.
ii. Pelompat boleh memilih arah atau sudut bagi memulakan larian untuk melompat.
iii. Peserta akan mula melompat pada satu ketinggian minimum sebagai ketinggian kelayakan.
iv. Sesuatu lompatan dikira batal jika pelompat menyentuh palang tanpa membuat lompatan,atau menjatuhkan palang semasa melompat atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.
v. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian tiga kali berturut-turut,tanpa mengira ketinggian semasa dia gagal,akan terkeluar daripada pertandingan.
vi. Seseorang pelompat berhak meneruskan lompatannya,walaupun setelah semua peserta lain gagal,sehinggalah dia tidak dapat melepasinya.
vii. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang. Penggunaan ukuran elektronik sudah tentu memudahkan pengukuran.
viii. Peserta hendaklah mengutamakan keselamatan diri semasa membuat lompatan.
Thanks for sharing!
ReplyDeletePls give more suggestions for my blog ^^
ReplyDeletethank q
ReplyDelete