Saturday 10 November 2012

Kelengkapan Lompat Tinggi

Sebelum lompat tinggi gaya Fosbury diperkenalkan kelengkapan-kelengkapan yang disediakan untuk acara lompat tinggi hanyalah tiang,palang lompatan dan pita pengukur. Tiada tilam digunakan kerana pelompat tinggi menjatuhkan badan secara meniarap atau menggunakan bahagian depan badan. Ini sering terjadi bagi perjumpaan sukan olahraga peringkat sekolah. Jika adapun tempat mendarat,ia mungkin merupakan petak yang luasnya antara empat atau enam meter,yang diisikan dengan pasir halus yang lembap.

Bagi perjumpaan olahraga peringkat yang lebih tinggi,tempat mendarat ini digantikan dengan tilam getah atau span. Kini dengan penggunaan gaya Fosbury,penggunaan tilam adalah sesuatu yang wajib sebagai tempat mendarat pelompat tinggi kerana pelompat gaya ini mendarat pada bahagian belakang badan.

Tiang dan palang lompatan biasanya diperbuat daripada kayu atau logam yang ringan. Beratnya tidak melebihi dua kilogram. Keadaan tiang dan palang mestilah licin dan lurus. Jarak antara dua tiang lebih kurang 4.02m. Saiz tilam untuk mendarat ialah 5m x 4m dan tebalnya 1 meter. Palang lompatan pula adalah dalam bentuk segi tiga atau bulat pada keratin rentasnya. Jarak bahagian hujung palang dengan tiang lebih kurang 10mm.

No comments:

Post a Comment