Saturday 10 November 2012

Pengenalan Lompat Tinggi

Lompat tinggi merupakan salah satu daripada acara lompat yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Ia disertai oleh lelaki dan wanita dan dipertandingkan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dari masa ke semasa,terdapat banyak perubahan daripada segi teknik melompat tinggi berbanding acara-acara padang yang lain. Perubahan ini dilakukan untuk mendapat lompatan yang lebih tinggi di samping untuk mengelakkan diri daripada kecederaan.

Perubahan yang paling nyata ialah gaya atau teknik lompatan. Gaya yang pertama diperkenalkan dan digunakan untuk sekian lama ialah gaya gunting dan diikuti dengan gaya guling. Selepas itu diperkenalkan pula gaya pelana dan gaya lentang. Pada peringkat awal acara lompat tinggi,lompatan static digunakan. Gaya ini digunakan dalam peringkat awal Sukan Olimpik.Gaya pelana mula diperkenalkan oleh peserta-peserta Eropah manakala gaya lentang pula diperkenalkan serta dipopularkan di Amerika Syarikat. Gaya gunting lebih digemari oleh peserta-peserta Asia.

Pada tahun 1968,seorang pelompat tinggi Amerika Syarikat, Dick Fosbury telah memperkenalkan satu gaya lompat tinggi yang membolehkannya memenangi pingat emas dalam sukan Olimpik yang diadakan di Mexico itu. Gaya yang beliau gunakan ialah gaya lentang yang kelihatan amat menarik. Sejak itu,gaya tersebut semakin popular dan diminati .Ia sering digunakan kini oleh ahli-ahli lompat tinggi di seluruh dunia termasuk oleh atlit-atlit Malaysia. Mengambil sempena pengasas gaya lompatan ini dikenal sebagai lompatan Fosbury .( Fosbury Flop)


5 comments: